Kembara PERTAMA 2008 – Confuse @ Karak Tan, Spaghetti Lunch @ Maran, Pulut Santan @ Temerloh, Engine Mati + Fuel Problem @ Kuantan & Lepak2 kat Cherating Legend Resort

haha amik ko tajuk posting yang panjang giler.

sure mengelirukan crawler2 google tuh kan. padan muka. haha

lepas selamat makan2 burger dan kekenyangan, kitaorang continue hunt kali neh masuk ke plaza toll gombak

nak ke pantai timur kali neh. hehe dengan confidentnyer terus masuk ke karak highway

then clues seterusnya berada kat pekan karak. melilau la semua kereta2 nak ke karak kan. hehe

kitaorang pun melilau gak la carik clues kat sini

1st time dowh aku masuk ke pekan karak neh.

tuh la pasal kan, kalau takde treasure hunt camni, takdelah aku nak pegi ke pekan karak neh kan

kat sini

kitaorang memang akan ingat sampai bila2 pasal satu clue “karak tan”. soalan dia senang adjer tanya “di manakah karak tan”. ingatkan nak kena anagram ke mende kan. then terpusing2 la aku nak mencarik clues neh. naik give up pun ader. haha

sekali masa nak membeli pisang, termasuk ke area satu kedai. then kitaorang perasan ada satu signboard yang ada perkataan karak tan yang kecik giler. haha amendelah coc neh kan. memang nak menjerat aku lah masa neh. kecik giler siot. kena datang dekat2 baru la nampak kat mana perkataan “karak tan” tuh. hehe

lepas pekan karak kitaorang teruskan journey ke pekan maran plak.

pekan maran neh pun aku tak pernah datang pun. hehe memang betul2 cuti2 malaysialah aku kali neh kan. hehe

tapi memang seronok la kali neh. banyak gak lah anagram yang kitaorang sempat settlekan. tapi rasa cam susah je nak dapat top 20 camni kan. haha

masa kat pekan maran, kitaorang sempat drop kat one of the masjid. nak solat and then nak lunch. haha liz bekalkan spaghetti carbonara seafood. eh silap spaghetti warna merah yang best giler. mana nak dapat makan spaghetti tengah2 hunt kan. haha surelah best giler camtu. lepas dah kenyang, terus solat zuhur/asar sekali and then terus tulis jawapan.

masa neh rasa macam dah lambat giler plak. hehe biasalah kalau dah gelabah memang akan rasa camtu kan. hehe regular treasure hunters memang camni la.

then lepas pekan maran terus sajer ke pekan temerloh plak. haha

eh aku silap ke eh, mana dulu neh pekan temerloh ke or pekan maran ?

ala mana2 adjer lah. aku pun dah tak berapa hengat lah mana datang dulu

ada satu clue neh bunyi dia camni “a marathon in town”

puasa aku memikir amendalah marathon2 neh kan. sekali anagram dia ialah 42km and then ada signboard pekan lagi 42km. cheh aku tak pernah terfikir nak letak signboard jalan camtu. ingatkan sigboard kedai adjer. haha amendelah. hehe

hehe kat temerloh memang disaster la. memanglah aku familiar giler ngan temerloh, tapi soalan dia susah2 gak lah kat sini kan

hampeh banyak yang kita orang tak dapat jawab kat sini lah. hampeh je

last2 terfikir nak makan ikan patin masak tempoyak pun ader

sekali postpone ke masa balik je lah nanti kan. hehe

memang tercungap2 la nak menjawab semua soalan2 kat pekan temerloh neh. siap kena hon beberapa kali sebab blocking jalan kat tepi2 tuh. haha sorrilah sapa2 yang terkena block tuh kan. haha

kat sini ada satu soalan pasal pulut dengan santan. amendelah kitaorang tak terfikir pun ada kaitan dengan lemang. kalau idak surelah dapat jawapannya kan. haha yang aku terfikir pasal sagu gula melaka or any desserts yang melibatkan pulut dengan santan. aisey. amendelah kitaorang kali neh. masa neh dah penat giler rasanya. haha

bila penat mulalah akan melalut ke sana ke sini kan

otak pun dah tak boleh nak berfikir nak digest semua clues yang ada. haha

lepas tuh terus kitaorang pergi ke area gambang/kuantan mencarik jawapan sekali

masa kat sini ada dua tiga kali engine kereta tetiba mati and then takleh start. hampeh je buat ngelabah aku adjer la camni. haha mungkin engine kereta pun dah penat agaknyer. haha

then lepas habeskan semua jawapan dengan yakinnya kitaorang terus memecut ke legend resort cherating

masa tuh lalu highway baru yang mcm bypass ke kuala terengganu tuh

masa tuh aku tengok minyak kereta dah taraf E dah. sempat ke ni eh ?

haha sepanjang jalan tuh takde plak mana2 stesen minyak kan

aku ingat adalah petronas lepas legend resort

tak tahulah sempat ke idak nak sampai legend resort

suspens siot masa neh. siap tutup aircond nak jimatkan minyak

bukan sebab minyak mahal sekarang, tapi sebab tak nak tersangkut kat highway tuh and then terpaksa call polis or coc selamatkan kitaorang. karang ada yang jadik hari ini dalam sejarah saya sebagai treasure hunters malaysia neh karang. haha tak pasal2 tak leh continue sebab takde minyak dalam tangki kereta

masa drive suspens giler

last2 selamat sampai ke legend resort. pheewwwww lega beb !

terus submit answers and the check in pastu pergi isi minyak

lepas je isi minyak terus kitaorang pekena keropok lekor ngan abc kat kedai2 makan kat cherating tuh. haha hampeh je keropok lekor yang sungguh berminyak. tapi abc sedap la kan. haha neh memang kena pegi pekena keropok lekor yang asli lepas neh. haha

lepas tuh terus check in masuk bilik. seb baik la dapat bilik yang ada connecting door. senang la sket nak berbincang2 ke apa2 yang patut. haha

bilik hampeh je tak mengadap pool pun. haha

petang tuh jugak kitaorang berendam kat dalam pool dia yang sungguh cool

aku dah pernah datang sini dulu masa team building. memang best pool dia kat sini. haha

malam tuh ada dinner hosted by kerajaan negeri pahang. food memang best la kan

kitaorang memang melantak gila2 punyalah. dah makan free kan. haha

siap ada session karaoke lagi. nari2 poco2 ular kapak pun ader. haha

ada banyak gak la hadiah cabutan bertuah. dalam 30 camtu

tapi kitaorang tak cukup bertuah la sebab tak dapat main hadiah. hanya dapat lucky chair adjer. dapatlah discount card untuk burger king. haha balik2 bk kan. takde ke hadiah hp ke. laptop ka. haha

malam tuh tidur memang lena giler lah kat legend resort cherating. memang cool la

pagi tuh ada game russia lawan holland. ala yang oranje kalah tuh ! haha

tapi hampeh la sebab tv3 takde buat live. so kitaorang tak sempat la nak nengok kat legend resort. sapa2 nak tengok boleh turun ke lobby. takde masa la aku nak turun ke lobby kul 3 pagi tuh kan. karang ngantuk giler plak nak drive balik ke kL. haha

esoknyer kitaorang bangun awal. takde la awal sangat dalam kul 0900hrs je. haha

terus mandi2 and then turun breakfast. lepas breakfast sempat pegi haipeng kemaman plak

nantilah aku post2 gambar2 haipeng kemamang dengan kedai keropok lekor delima ok

sempat gak beli jeli kelapa yang best giler. haha memang cool lah

masa lunch perut aku dah tak boleh nak makan lagi dah. haha sebab dah kenyang giler balik from haipeng kan. haha tu la pasal. pasni sure nyer kebuluran kan. haha

then lepas lunch ada answers presentation ngan prize giving ceremony

semua dapat hadiah kali neh. siap ada hadiah saguhati sekali. memang cool laH!

team aku dapat no 27 drpd 59 team

hampeh tak dapat gak top 20 kali neh. haha marks dalam 73% adjer

kali neh siap ada group yang dpaat perfect score 115 marks siot. macam mana la diaorang boleh betul semua neh kan. memang cool la group tuh. haha bila la kitaorang nak dapat taraf hunt masters mcm tuh ek. haha lu fikir sendirilah nabil! eh silap topik. hahaha

overall memang aku puas hati lah kali neh

semua memang cool cuma dua benda je yang aku tak puas hati. satu pasal beratur lama kat burger king karak dan satu lagi paper stickers yang susah giler nak cabut kat kereta.

lain kali kan bagilah warning pasal benda neh

habes tak leh cabut stickers tuh semua. last2 aku kena bawah pegi kedai, basuh, then polish sekali. haha kedai bolehlah buat. aku buat sendiri memang terkial2 nak mencabut paper stickers tuh kan

stickers yang susah giler nak cabut tuh sticker UEM ngan BURGER KING

hampeh je lah kan. kalau aku tahu awal2 aku pakai loytape je nak tampal semua stickers tuh

stickers yang lain ok senang nak cabut. bengang beb !

haha teremo plak.

dowh ! haha

so jumpa kembali dalam kembara PERTAMA 2009 nanti ya ! hehe

richard si ada buat video pasal hunt kali neh kat bawah neh.

kereta aku pun ader dalam video richard si neh. hehe

hehe enjoy !

u can also view all the top 10 winners here at michael pang’s blog posting

siapa masuk bernama news tuh ! haha mestilah kan.

General


June 22, 2008 22:21 PM

Women Journalists Association’s First Treasure Hunt Draws 300 Participants

KUANTAN, June 22 (Bernama) — The “Kembara PERTAMA 2008”, a first-ever treasure hunt organised by the Women Journalists’ Association of Malaysia, was a resounding success, drawing 300 participants.

The participants comprised media practitioners and the public.

The hunt began from Wisma Bernama Saturday morning and ended at The Legend Resort, Cherating here this evening.

Kembara PERTAMA organising chairman Rohana Mustaffa said the event was held to forge closer relations between media practitioners and the public, and to promote domestic tourism.

“It was also aimed at raising funds for the association’s activities, including charity,” she said.

Kuala Sentual Assemblyman Datuk Shahaniza Shamsuddin gave away prizes to winners at a ceremony.

For the media category, the winning teams were Close One Eye (first place), Men In Black (second) and Kereta Buruk (third), while in the open category, the winners were Pressed & Clubed Nuts (first prize), Vettai Sakti (second) and Hunters’r Us (third).

In the PERTAMA category, first place went to the Spice Girls, while Forever Young and Synergy, won second and third place, respectively.

The association also handed goodies and RM2,000 to the Tengku Ampuan Fatimah Children’s Home.

— BERNAMA

u can check out all the posting wrt to this kembara PERTAMA hunt 2008 below ! hehe

sapa2 yang berminat nak tengok semua soalan2 masa kembara PERTAMA 2008 neh, click je kat semua image kat bawah kalau nak baca ya ! haha

page 1

page 2

page 3

page 4

page 5

page 6

page 7

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Leave a Reply