Kembara PERTAMA 2008 – Flag Off, Breakfast at Burger King Karak & Treasure Hunt Questions

aku rasa treasure hunt kali neh memang paling haru lah.

dah la kitaorang tak sempat datang briefing masa hari khamis, sebab sampai lambat.

ye lah kan briefing kul 1800hrs. habes kerja kul 1730hrs.

mana sempat nak sampai ke wisma bernama kat jalan tun razak tuh kan. haha

sekali masa pagi actual day, hari sabtu, kitaorang sekali lagi mencatat record sebab tak sempat pergi briefing. haha

sebabnya salah baca maklumat treasure hunt neh.

ingatkan briefing kul 0700hrs and then flag off dalam kul 0800hrs.

ala cam biasa lah kan. putrajaya treasure hunt selalu buat camtuh kan.

tension dowh sampai lambat neh. haha sapa suruh lenggang kangkung lagi kan. haha

so pengajaran yang pertama, make sure baca betul2 briefing kul berapa wokay ! haha

sekali masa kul 0645hrs aku still tengah driving from ampang ke wisma bernama via elevated highway.

sekali sampai2 je kat wisma bernama dalam kul 0715hrs.

semua dah habis briefing. haha tak sempat nak baca ikrar semua tuh dah.

haha terus kitaorang beratur kereta. tengok kereta kitaorang 3rd from last.

hampeh giler.

kecut perut beb ! haha teremo plak pepagi neh

amik clue and then terus ready nak flag off adjer.

nyaris2 tak sempat nak register tadi kan. haha. mula2 ingatkan group aku yang paling last.

sekali tengok ada lagi yang paling lambat. haha.

ada yang datang2 tak tampal lagi stickers pun ader gak.

haha amendelah kan. hehe habes gelabah di pagi hari ko ! haha

masuk je kereta terus start engine balik and then terus ke pintu nak keluar

kali neh ada tulip map. so senang la sket kan

aku dah biasa dah dengan tulip2 map neh. haha

keluar je wisma bernama kitaorang kena membelok ke kiri and then

u-turn balik ikut jalan tun razak ke bulatan pahang.

sampai kat bulatan pahang kena amik pukul 1500hrs untuk ke area hospital tawakal tuh.

haha kat sini ada lagi satu incident berlaku.

group aku dengan confidentnyer gelakkan group lain yang tengah tercungap2 carik clue kat signboard kedai tepi jalan.

kitaorang ingatkan diaorang silap sebab kitaorang rasa2 cam clue tu start kat hujung sket. sekali tengok tulip map, kitaorang yang salah.

haha amek ko ! bongkak tahap gaban di pagi hari dah memakan tuan ultraman balik. haha

dengan selambanya kitaorang terus ke balai polis setapak and then terus u-turn balik ke bulatan pahang.

haha memang bernasib baik la ada tempat nak u-turn kan.

sekali tengok bukan setakat group aku je yang u-turn, ada gak kereta2 lain yang join sekaki.

neh semua case dah tersilap tengok tulip map or dah tak sempat nak check2 semua signboard tuh kan. haha

then lepas habis menghentam menjawab semua clue kat jalan setapak/jalan genting kelang

terus kitaorang memecut ke kiri (sebelum balai polis setapak) nak ke karak highway.

sebab lepas neh ada mission no 1 iaitu kena makan burger king.

haha bestnyer dah la tak sempat breakfast kan.

kelaparan beb !

perut lapar mana bolehnak menjawab semua2 clues tuh. clues blues aku nanti. haha

sampai adjer kat burger king karak tuh kitaorang tengok dah ramai giler manusia.

haha semua tengah beratur nak membeli burger king.

ada mission no 1 iaitu sorang kena makan 1 burger chicken and then kena habiskan

sebelum dapat sticker burger.

sticker tuh kena tampal kat kertas jawapan yang diaorang bagi mcm kat bawah neh kan

aku tak puas hati la ngan hunt kat burger king neh

mana tak banyak membuang masa adjer

yang burger king neh pun satu, dah tahu ada lebey kurang 80 kereta nak datang,

dah satu kereta average ada 4 orang tuh, siap2kanlah semua burger2 tuh awal2 kan.

ini tidak mcm nak beli biasa adjer. sudahnyer semua kena beratur dengan panjangnyer.

dah tahu pun menunya sama kan. so apa lagi buat2 la semua burger tuh awal2.

so nanti bila aku sampai terus je lah letak atas tray.

air oren pun baru lah nak terhegeh2 isi kan. haha

melambatkan team aku yang dah memang sedia ada lambat pagi sabtu tuh. haha

so all coc, take note okey. haha.

haha masa dah kelaparan tuh kitaorang sempat lagi membelasah semua burger2 tuh tanpa kasihan.

sambil2 tuh nak menjenguk2 gak la kat soalan2 treasure yang kitaorang kena beli.

ye lah kan. mana ada banyak masa. dah la kali neh kena drive all the way from kl to cherating.

jauh tuh beb ! haha

ni ha semua soalan2 tuh

untuk jawapan actigen e, aku berjaya mendapatkan khidmat pakcik google cam kat bawah

ala senang je kan. haha senang2 pun susah gak la nak membelinyer

aku ingat sempat la nak beli kat kedai mesra sebelah burger king

sekali nengok ada yang takde and ada yang dah habes !

maknanya memang group lain dah amik dulu lah. haha

amendalah lembab sangat kitaorang pagi tadi tuh kan. hehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Leave a Reply