Aquaria KLCC Treasure Hunt 2008 – KL Bird Park

lepas flag off direct ke kl bird park. ingat nak ikut jalan kuching via parlimen. sekali ada kl international marathon blcoking la plak. kenalah ikut stesen keretapi ktm.

sampai kat kl bird park. mula2 kena sign passport dulu. chop sekali. and then akan dapat goodies. group kitaorang tak dapat goodies coz the 1st 25 teams yang arrive dulu kat kl bird park je yg dapat. hampeh betul lah. haha sure lah group aku no 25 ke atas masa sampai tadi kan. no 26 or no 27 kot. mustahil no 40 kan. haha

the 1st task yang kena ialah kira jumlah burung dalam sangkar. haha nampak cam senang je kan. cuba la korang kira sekali. hehe baru tahu senang ke susah. mula2 aku ingat nak kira based on screen dalam digicam. sekali cam susah je. last2 aku kira je burun2 tuh guna naked eyes je. burung2 tuh bergerak2 la plak. last2 dapat jawapan betul. ada 19 ekor burung terperangkap dalam sangkar tuh. jawap a few soalan and then terus dapat masuk ke kl bird park. hunt kali neh style task based. so kalau tak habis buat task takleh proceed ke next stage la. kat kl bird park ada 7 tasks. kena collect 7 flags before proceed ke zoo melaka. hehe panik gak weiiiii

masa mula2 dapat soalan2 semua cam panik giler. dah la kl bird park neh besar kan. semua soalan boleh random plak tuh. tuh yang sakit sikit kan. tapi takpe kita ada map kan. so kenalah strategize dulu sebelum berlari2 sana, berlari2 sini. haha. kalo tak penat berlari je lah nanti. habuk pun tarak dapat. haha.

bila habis satu2 task terus ke pondok marshall then submit. kalau salah kena buat balik. huahuahua. tension pakcik! haha. kalau betul baru dapat flag and then boleh proceed. haha. gile jauh2 semua tasks dalam neh. penat siot. cam explorace plak kali neh. cam masuk marathon pun ader gak. haha.

tu dia burung hantu carik kafan. amik ko! haha

kat depan kitaorang neh cam otai2 hunters je kan. hehe. memang mencabar la kat kl bird park kali neh. memang berpeluh beb! penat giler. time2 camni kalo pekena iced lemon tea secret recipe sure heaven beb! haha

neh plak kena susun2 gambar. hampeh carik2 bendalah tuh dekat 15 minutes gak la. sebab dia tersorok sket la semua gambar tuh kan. haha

seb baik aku bawak digicam. sebab salah satu task tuh kena amik gambar enggang badak yang kat atas pokok. giler tinggi. enggang tuh tak nak turun langsung pun. hehe kenalah amik gambar dia atas pokok. then zoom sket submit kat marshall. hehe ni lah rupanya enggang badak ek! korang tahu ke ? hehe

enggang putih neh pun kena amik gambar gak. sebab baik la burung ni cool je. dia lepak atas cage je. lupa nak bagitahu kena amik gambar burung yang free fly ok. yang kat dalam sangkar takleh nak amik la. haha

tuh dia punya la banyak burung. mana satu jawapan dia neh? pening giler siot! hampeh pun ader! penat tak payah nak cakap la kan. haha

ni masa nak submit kat check point no 5. check point yang paling mencabar la. hampeh memang susah giler. siap ada jawapan yang kena ulang dua kali. hehe


masa kat check point last sekali kena amik something dalam kotak tuh and then jawab soalan je. haha group aku kena ulang lagi sekali sebab jawapan dia salah. hampeh je. seb baik 2nd try betul. hehe penat siot!

habis je kat kl bird park terus memecut ke zoo melaka plak. by the time blah keluar dah banyak kereta dah blah. hampeh ja kan. hehe. jauh tuh beb nak drive lepas neh! haha

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Leave a Reply