Roti Bakar & Kopi Kaw-Kaw at The One And Only Kluang Rail Coffee @ Stesen Keretapi Kluang, Johor ! Hehe :)

jangan tertipu ! mardi bio-business treasure hunt 2008 dah habis. nantilah aku update pasal prizing giving ceremony. hehe nanti aku bagitahu team aku dapat no berapa. hehe dapat lah top 20. 1st time team aku dapat podium finish dalam public treasure hunt kat malaysia ni.

hehe susah wooo nak masuk treasure hunt.

nak naik ke podium apatah lagi kan. haha

wokeylah hunt dah habis. so kitaorang stay 1 night kat prime city hotel kluang neh

dah alang2 sampai ke kluang neh memang la kena singgah ke kedai kopi kluang yang paling famous neh

the one and only kluang rail coffee

yang ni tak sama tau ngan franchais yang kat kl – kluang coffee tu

yang neh memang the real one

kedai kopi neh dah lama dah. memang dok kat dalam stesen keretapi ktmb neh.

location dia lebey kurang yang macam kat kuala kangsar. hehe

in fact masa aku mula2 sampai terasa mcm pegi ke stesen keretapi kuale. hehe nostalgia dowh !

kat bawah neh makanan yang ada kat atas meja kitaorang. biasalah kalau dah nama kedai kopi so surelah ada kopi ngan roti kan. telur separuh masak pun ada. hehe nasi lemak pun ader beb ! kali neh pulut panggang pun ader. hehe variety gak la kan.

ni kat depan stesen keretapi. memang standard design semua stesen2 keretapi kat malaysia lah camni kan. dengan jaring2 nyer. dengan corak2 petak2 tuh. dengan kaler coklat ngan kuning tuh. giler jimat cat kalo camtuh kan. haha :)

aku tengok still banyak gak la keretapi yang lalu kat sini kan. hehe

tengok jadual tuh. siap ngan detail sekali. haha

perghhhh manusia memang ramai giler pagi ahad neh

siap kena waiting dulu tuh. so kalau sapa2 nak minum kat sini aku nasihatkan supaya datang awal kalau tak nak berdiri waiting kat luarlah. kat dalam dia memang selesa. dengan kerusi meja style kopitiam kan. hehe size dia memang maintain je lah. haha :)

1st time aku buat jalan2 carik makan sambil melawat ke dapur. hehe :) yang ni rasanya towkey dia. siap buat air tuh dowh ! haha. memang cool la lu tokei. hehe area neh panas sket. hehe

aku singgah kat belakang tempat dia buat roti bakar. memang pakai arang lah. patutlah sedap. roti dia pun lembut giler cakap lu. memang lain lah rasa compared ngan yang kat kl tuh. yang kat sini memang lembut giler. memang cool. hehe sedap. hengat tadi nak tapau, sekali baik masuk mulut kat sini je kan. hehe :)

pekerja2 dia dengan tekun tengah membakar roti2 lembut tuh semua. sedang2 je kan bakar tuh. kalau tak hangus plak nanti. aku perasan memang semua meja akan ada roti neh. memang famous giler ah roti neh.

so siapa2 yang singgah kat kluang jangan lupa nak singgah ke stesen keretapi kluang nak merasa makan roti bakar dengan minum air kopi kat the one and only kluang rail coffee. hehe tak sama beb ngan yang kat kl dowh ! haha :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Leave a Reply